Cari @ Amanz

Xindong Fenghua Ialah Kad Grafik Dari China Yang Dilihat Mahu Bersaing Dengan Penawaran AMD, Intel Dan NVIDIA

Oleh Nazrin

Link Copied!

Apabila bercakap mengenai kad grafik, jenama yang diketahui termasuklah AMD dan NVIDIA, dan baru-baru ini, Intel juga dilihat akan memperkenalkan siri kad grafik Arc Alchemist mereka di acara Consumer Electronics Show tidak lama lagi.

Terkini, sebuah syarikat dari China yang bernama Xindong telah memperlihatkan kad grafik terbaru mereka yang dinamakan Xindong Fenghua, iaitu sebuah kad grafik yang akan hadir di pasaran untuk tujuan menggerakkan permainan video dan kegunaan pusat data.

Kad grafik Fenghua ini menggunakan cip pemprosesan grafik yang dinamakan Fenghua No.1, sama seperti AMD Navi ataupun NVIDIA Ampere. Butiran mengenai GPU ini tidak diketahui secara penuh, tetapi berdasarkan apa yang dilaporkan, ia hadir dengan rekaan multi-GPU dan menggunakan memori GDDR6X yang sama digunakan dalam kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3080 dan RTX 3090.

Apa yang menarik mengenai penawaran baru ini lebih berkaitan dengan kebolehan GPU Fenghua No.1 ini. Ia mampu menyokong pelbagai jenis API enjin grafik seperti DirectX, Vulkan, OpenGL, OpenCL, and even OpenGL ES, dan boleh digunakan dalam pelbagai jenis peranti, termasuklah untuk kad grafik buat komputer desktop dan komputer riba, peranti yang menggerakkan sistem operasi Android, Linux dan Windows.

Sama seperti kad grafik yang ditawarkan AMD dan NVIDIA juga, kad grafik Xindong Fenghua ini memanfaatkan penggunaan teknologi PCIe 4.0 dan HDMI 2.1, yang bermakna secara teorinya, membolehkan kad grafik yang dikeluarkan syarikat ini untuk memaksimakan manfaat paparan dengan resolusi Full HD dan kadar segar semula 120FPS.

Walaupun begitu, prestasi mengenai kad grafik ini tidak diketahui lagi, tetapi berdasarkan spesifikasi yang diketahui kini, tidak salah untuk menjangkakan bahawa ia mampu menggerakkan permainan-permainan komputer moden pada resolusi 1440p dan kadar segar semula tinggi.

Setakat ini ia tidak diketahui lagi bilakah kad grafik ini akan dilancarkan, tetapi apa-apa pun, ia nampaknya hanya akan dilancarkan untuk pasaran China setakat ini.

Sumber: Tom’s Hardware


Komen ()