Quentin Tarantino Disaman Miramax Kerana Menjual Skrip Pulp Fiction Sebagai NFT

Diterbitkan pada Nov 18, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Quentin Tarantino adalah antara pengarah terbaik yang masih hidup sekarang. Filem-filem beliau mendapat pujian positif dari pengkritik dengan kutipan pecah panggung di pawagam. Nama beliau menjadi bualan ramai selepas filem Pulp Fiction yang diarahkan serta ditulis oleh beliau memenangi anugerah Palm D’or di festival filem Cannes. Kini beliau disaman oleh studio Miramax selepas sebahagian dialog dari skrip Pulp Fiction ingin dijual oleh beliau dalam bentuk NFT.

Sebanyak 7 NFT dalam bentuk skrip asal dalam bentuk tulisan yang telah diiimbas dan audio yang mengandungi rahsia filem yang tidak pernah didedahkan Tarantino akan dijual dalam bentuk NFT menerusi Secret Network. Menurut Miramax skrip adalah hak milik mereka selepas filem diterbitkan pada tahun 1994. Penjualan sebahagian kandungan skrip dalam bentuk NFT melanggar hak penerbitan dan harta intelek milik studio. Tarantino pula berkata beliau mempunyai hak mencetak sebahagian skrip sebagai penulis asal tetapi studio tidak bersetuju dengan interpretasi beliau.

Sumber AP

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami