Cari @ Amanz

Pada tahun 2018 AirAsia telah menunjukkan sistem pengecaman wajah FACES yang membolehkan penumpang mendaftar masuk dengan hanya menggunakan wajah. Pada harini mereka telah mengumumkan ketersediaan fungsi ini bukan sekadar di lapangan terbang terpilih, malah untuk keseluruhan proses penerbangan.

Menjelang akhir suku pertama tahun 2022, AirAsia menyasarkan kesemua 11 lapangan terbang di Malaysia akan dilengkapi sistem pengecaman wajah ini, dan bagi lapangan terbang ini juga i merangkumi keseluruhan proses, dari pendaftaran masuk, cetakan pas penerbangan dan beg, malah ia juga akan digunakan diatas kapal terbang.

Sistem ini juga akan digunakan di lapangan terbang utama negara serantau seperti Thailand, Indonesia, Filipina, dan pelbagai lagi secara berperingkat. Buat masa ini, kesemua pekerja AirAsia telahpun menggunakan sistem ini bagi menggantikan kad kakitangan mereka, dan telahpun digunakan untuk pelbagai urusan di pejabat.

Lebih dari itu, sistem pengecaman wajah ini juga akan digunakan pada kesemua perkhidmatan AirAsia yang lain antaranya termasuklah khidmat pengangkutan AirAsia Ride dan juga penghantaran AirAsia Food, serta pada hotel-hotel yang bekerjasama dengan AirAsia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd