Cari @ Amanz

Apple hari ini memberikan kemas kini iOS 15.1.1 khusus untuk siri iPhone 13 dan iPhone 12. Kemas kini sebesar sekitar 400MB ini akan menampal pepijat yang mengakibatkan panggilan telefon terputus pada kedua-dua keluarga peranti. Tiada sebarang maklumat mengenai sama ada pepijat lain akan ditampal.

Kepada pengguna model lain, anda tidak perlu risau kerana masalah ini nampaknya terhad kepada peranti yang dikeluarkan sejak setahun yang lalu sahaja. Ramai lebih menantikan kemas kini iOS 15.2 yang menyahaktifkan ciri menyebabkan Face ID tidak berfungsi jika skrin ditukar dan kemampuan menambah insan yang boleh mengakses kandungan iCloud selepas pemilik meninggal dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd