Cari @ Amanz

Google sebelum ini telah pun menyatakan yang mana mereka akan melanjutkan sokongan pelayar web Chrome untuk Windows 7 sehingga Januari 2022 kelak.

Kini, dengan berbaki kurang dua bulan lagi, Google dilihat sekali lagi melanjutkan sokongan Chrome untuk Windows 7 sehingga Januari 2023 kelak.

Dengan langkah ini, pengguna Windows 7 akan dapat kekal menggunakan pelayar web Chrome sehingga 2023 – sebelum memilih untuk beralih sistem operasi, atau menggunakan pelayar web lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd