Cari @ Amanz

Aplikasi dibangunkan untuk ratusan model telefon pintar dan akibatnya pepijat wujud menyebabkan ia tidak boleh berfungsi dengan sempurna. Tetapi kerap kali proses melaporkan pepijat kepada pembangunan adalah sedikit sukar kerana tiada sistem yang jelas. Instagram hari ini memperkenalkan ciri baharu Rage Shake dimana pengguna boleh melaporkan isu pada aplikasi dengan menggoncang peranti.

Apabila anda menghadapi isu dalam aplikasi Instagram, goncang peranti dan aplikasi akan bertanya sama anda sedang menghadapi masalah. Jika ya laporkan apa yang berlaku dan mesej akan dihantar ke Instagram. Sebuah lagi isu ialah ciri memadam satu sahaja gambar dari senarai gambar yang telah dimuat naik ke laman.

Dengan ciri ini proses memadam gambar bekas teman istimewa dari 6 gambar yang dimuat naik boleh dilakukan. Sebelum ini kesemua gambar perlu dipadam semata-mata untuk melupakan memori dengan mantan kekasih.

Pada waktu ciri goncangan kemarahan diberikan kepada semua platform pengguna di Amerika Syarikat manakala ciri memadam hanya satu gambar sahaja dar pelbagai gambar yang dimuat naik hanya diberikan kepada aplikasi iOS terlebih dahulu.

Sumber The Verge

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd