Cari @ Amanz

PETRONAS Melancarkan eBendalir Iona Untuk Keperluan Pelinciran Dan Penyejukan Kenderaan Elektrik

Link Copied!

Adakah kenderaan elektrik memerlukan minyak pelincir? Ini antara soalan yang kerap kami dengar apabila pengguna kenderaan enjin konvensional berubah ke kenderaan elektrik sepenuhnya. Jawapannya ialah ya kerana pelincir masih diperlukan untuk gear kebezaan, galas roda dan sistem transmisi kenderaan cuma ia tidak ditukar kerap seperti kereta tradisional.

Semalam PETRONAS Lubricants International telah melancarkan ebendalir untuk kenderaan elektrik Iona mereka yang terkini. Iona generasi kedua adalah kesinambungan kepada ebendalir untuk kenderaan elektrik yang dilancarkan pada tahun 2019. Ia digunakan sebagai sistem pelincir komponen bergerak kenderaan dan juga sebagai bendalir untuk sistem penyejukan kenderaan. Bateri dan motor elektrik kenderaan elektrik yang sejuk bagi meningkat bukan sahaja prestasi tetapi meningkatkan kecekapannya sekaligus menjimatkan penggunaan bateri.

Dengan pelancaran Iona generasi baharu, PETRONAS ingin menjadi peneraju teknologi ebendalir untuk kegunaan kenderaan elektrik yang akan semakin meningkat dalam dekad-dekad mendatang. Jika selama ini minyak pelincir PETRONAS digunakan pada kereta lumba juara dunia Lewis Hamilton, di masa depan ia ingin pula menjadi pembekal ebendalir untuk kereta elektrik berprestasi tinggi.


Komen ()