Cari @ Amanz

WhatsApp Memberikan Nafas Baru Pada Halaman Profil

Oleh Aman

Link Copied!

WhatsApp kini dilihat hadir dengan kemaskini pada paparan antaramuka bahagian profil. Melalui kemaskini baharu yang diuji pada WhatsApp Beta, kini profil dipaparkan dengan mengetengahkan gambar profil dan nama, selain butang panggilan yang mudah dicapai.

Disamping itu, kini gambar perkongsian media juga lebih jelas, selain memaparkan sebuah tarikh dibawah status pengguna (berkemungkinan tarikh menyertai WhatsApp?).

Kemaskini baharu ini sedang diuji pada WhatsApp Beta, dan dijangka diperkenalkan meluas kepada semua tidak lama lagi.

Bagi anda, adakah anda menyukai rekaan antaramuka baharu ini?


Komen ()