Cari @ Amanz

Pixel 6 Turut Mempunyai Masalah Sambungan Data Mudah Alih Yang Perlahan

Link Copied!

Tiada sokongan jaminan bukan isu besar menggunakan Pixel di Malaysia. Tetapi yang menjadi masalah adalah sokongan sambungan rangkaian untuk data mudah alih. Peranti-peranti Pixel di Malaysia tidak menyokong VoLTE kerana menggunakan modem bukan untuk pasaran sini.

Terkini menurut analisa daripada PCMag, Pixel 6 dan Pixel 6 Pro memang ada masalah sambungan data mudah alih. Ia adalah satu-satunya peranti mercu premium yang menggunakan modem daripada Samsung dan bukannya seperti pesaing iPhone 13 atau Samsung Galaxy S21 yang menggunakan modem Qualcomm X60 (kecuali di Malaysia yang menggunakan modem Exynos Exynos 5123).

Pixel 6 dan Pixel 6 Pro menggunakan modem buatan khas Samsung yang sedikit mirip yang digunakan pada Samsung Galaxy S21 versi Exynos 2100. S21 Exynos menggunakan modem Exynos 5123, manakala Pixel 6 dan Pixel 6 Pro adalah Exynos 5123b.

Dalam ujian yang dilakukan, kelajuan sambungan Internet kedua-dua Pixel 6 sama ada LTE atau 5G jauh lebih perlahan berbanding apa yang boleh dicapai oleh Galaxy S21 Ultra di Amerika Syarikat. LTE dilaporkan kerap hilang capaian rangkaian dan ujian 5G pula Pixel 6 hanya mampu mencapai kelajuan 1Gbps, manakala Galaxy S21 boleh mencapai 2Gbps.

Bukan itu sahaja, apabila pengguna berada di luar kawasan dan capai rangkaian berubah daripada LTE ke mid-band 5G dan ke UWB 5G – Pixel 6 didapati lebih lemah dan kerap kehilangan sambungan Internet. Ada juga keluhan pengguna mendapati, peranti terus tidak dapat digunakan kerana tiada akses data mudah alih.

Dalam ujian di Makmal Amanz, penggunaan Pixel 6 Pro di Malaysia juga sedikit bermasalah. Sambungan LTE tidak pernah menerima bar penuh dan kelajuan Internet dengan kad SIM Maxis adalah sekitar bawah 10Mbps berbanding peranti lain yang boleh mencapai sehingga 50Mbps di kawasan yang sama. eSIM Yoodo pula bolehlah untuk mencapai sedikit lebih tinggi berbanding Maxis. Pixel 6 Pro juga kerap menerima ikon tanda seru memberi petanda tiada akses rangkaian dan menerima status E atau EDGE sahaja.


Komen ()