Huawei MatePad T10 dan MatePad T10s telah diperkenalkan di Malaysia sekitar tahun lalu. Kedua-duanya menawarkan spesifikasi yang seimbang untuk penggunaan hiburan dan produktiviti. Terbaru, kedua-dua tablet ini telah dikemaskini dengan pilihan storan lebih besar. Melaluinya, Huawei MatePad T10 (4GB+64GB) dijual pada RM799. Sementara itu, Huawei MatePad T10s (4GB+128GB) pula berharga RM999.

Bagi yang berminat, kedua-dua tablet ini akan mula tersedia bermula 22 November 2021. Anda boleh mendapatkannya menerusi beberapa platform seperti kedai atas talian rasmi Huawei, Lazada dan Shopee. Setiap pembelian untuk mana-mana tablet akan didatangkan dengan kerangka pelindung secara percuma. Promosi terhad sehingga penghujung tahun ini.

Dalam pada itu, Huawei turut hadir dengan beberapa tawaran diskaun menarik lain. Antaranya seperti diskaun sebanyak RM100 untuk pembelian Huawei Matepad 10.4-inci (4+128GB). Kemudian, pembelian Huawei MatePad 11 pula akan didatangkan dengan papan kekunci dan Huawei M-Pencil secara percuma. Promosi ini adalah masa terhad dan berbeza mengikut platform pembelian. Ia akan tersedia menerusi kedai fizikal rasmi Huawei pada 24 – 26 November. Kemudian, kedai atas talian Huawei dan Lazada pula pada 25 November. Sementara itu, promosi di Shopee pula adalah pada 27 November. Di samping itu, terdapat juga diskaun sebanyak RM300 yang diberikan untuk pembelian Huawei Matepad T10 (2GB+32GB).