MediaTek Dimensity 9000 Diperkenalkan – Cip 4nm Pertama Untuk Telefon Pintar

Diterbitkan pada Nov 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

MediaTek hari ini telah memperkenalkan cip pemprosesan berkuasa tinggi terbaru mereka, iaitu Dimensity 9000. Cip pemprosesan ini adalah yang paling berkuasa di pasaran hari ini daripada MediaTek, dan menyaingi penawaran pengeluar lain, termasuk Snapdragon keluaran Qualcomm.

MediaTek Dimensity 9000 merupakan cip pertama yang hadir dengan rekaan 4-nanometer, serta yag terawal menggunakan rekaan Arm v9. Dengan penawaran ini, ia menyediakan kuasa pemprosesan yang tinggi, dan penggunaan tenaga yang lebih efisien berbanding cip rekaan lain.

Cip ini menyertakan teras utama Cortex-X2 dengan kelajuan pemprosesan 3.05Ghz, 3 teras Cortex A710 dengan kelajuan 2.85Ghz, dan 4 teras Cortex A510 denga kelajuan 1.8Ghz. Melengkapkannya juga adalah GPU 10-teras Arm Mali-G710.

Bersama penawaran cip pemprosesan mercu ini, ia turut menawarkan sejumlah ciri terbaru, termasuk kebolehan sokongan rakaman gambar 320-megapixel, sokongan rangkaian 5G, dan antara yang terawal menyokong Bluetooth 5.3 dan juga WiFi 6E.

Kita akan dapat melihat pengeluar telefon Android menggunakan cip MediaTek Dimensity 9000 ini pada produk mereka tidak lama lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami