Twitter Menamatkan Sokongan Untuk Halaman Web AMP

Diterbitkan pada Nov 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

AMP merupakan format yang diperkenalkan oleh Google, membolehkan penerbit kandungan menyediakan sebuah halaman yang dioptimasikan untuk peranti mudah-alih, dan kurang menggunakan data. Sejak diperkenalkan, beberapa platform telah menyatakan sokongan untuk AMP, dan Twitter merupakan salah satu daripadanya.

Namun, kini melalui halaman pembangun, Twitter menyatakan mereka akan menamatkan sokongan untuk format AMP ini. Ini bermakna, pautan yang diklik daripada Twitter tidak lagi akan dibawa ke halaman berformat AMP, sebaliknya ke halaman web biasa.

Pada hari ini sendiri, ramai penerbit telah berhenti menyokong AMP, kerana ia bukan lagi keperluan untuk carian Google. Mungkinkah selepas ini, kita akan melihat format ini terkubur?

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami