Apakah NFT? Adakah ia aset digital yang akan membuatkan anda kaya di masa hadapan seperti Bitcoin atau hanya cara mencuci wang menurut beberapa pakar ekonomi? Yang pasti NFT semakin popular dengan laman untuk penghasilannya di Malaysia sudah wujud dan UMG menubuhkan kumpulan maya yang terdiri daripada watak Bored Ape Yacht Club.

Tetapi kini kesemua imej NFT yang pernah dihasilkan telah dikongsi dalam bentuk fail Torrent sebesar 20TB di laman The NFT Bay. NFT Bay ialah projek seni oleh Geoffrey Huntley seorang pembangun perisian dai Australia sebagai sebuah projek seni. Nama laman mengambi inspirasi dari The Pirate Bay yang pernah menjadi antara laman paling popular dunia kerana kandungan yang dicetak rompak.
Huntley mengumpul kesemua imej NFT dari rantaian blok Ethereum dan Solana. Projek dihasilkan bagi menyedarkan orang ramai tentang apakah yang mereka miliki menerusi pelaburan NFT. Majoriti imej NFT yang dibeli sebenarnya tidak disimpan di rantaian blok tetapi sekadar laman web 2.0 dan ada yang sudahpun terpadam membuatkan pelaburan sebenarnya langsung tidak berbaloi. Ini membuatkan ramai tertipu dengan skim pelabur yang kini disamakan dengan kegilaan bunga tulip dari kurun ke-17.
Sumber GeoffreyHuntley , Kotaku