Carian
Ford Akan Membangunkan Cip Sendiri Bagi Menyelesaikan Isu Kekurangan Bekalan
November 19, 2021 Effi Saharudin

Masalah kekurangan bekalan cip mungkin akan hanya selesai tahun hadapan. Ia sudahpun mengakibatkan syarikat besar seperti Apple dan Samsung mengurangkan pengeluaran peranti kerana permintaan lebih tinggi berbanding bekalan. Di industri automotif pula kekurangan cip mengakibatkan Tesla menjual kereta tanpa pengecas peranti dan Ford tanpa sistem infohibur. Oleh itu Ford mengumumkan mereka akan membangunkan cip mereka sendiri untuk mengelakkan isu kekurangan cip berulang lagi.

Ford bekerjasama dengan Global Foundries untuk membangunkan cip automotif yang mengawal sistem infohibur, kawalan bateri kereta elektrik, ADAS dan pengurusan rangkaian. Dengan adanya cip sendiri, Ford bukan sahaja menyelesaikan masalah mereka tetapi juga untuk industri automotif Amerika Syarikat kerana pengeluaran serta pembangunan dilakukan sepenuhnya dalam negara.

Kereta elektrik semakin banyak dihasilkan bersama dengan sistem pintar. Pengeluar kenderaan perlu berebut dengan syarikat pengeluar komputer dan peranti pintar bagi mendapatkan bekalan cip.

Komen