Proses membayar barang yang ingin dibeli kerap kali lebih lama dari proses mengambil barang dari rak di kedai. Oleh itu di pasar raya ada kaunter pembayaran khas untuk pelanggan yang membeli kurang daripada 10 barangan. Tetapi ini masih lagi dianggap tidak menyelesaikan isu masa dibazirkan beratur. Starbucks minggu ini membuka kedai kopi pertama yang tidak mempunyai kaunter bayaran.

Kedai kopi yang dibuka di New York menggunakan nama Starbucks Pickup untuk membezakannya dari kedai biasa. Teknologi Amazon Go digunakan dimana pelanggan hanya perlu mengimbas peranti peranti atau telapak tangan pada pintu masuk. Bayaran akan dipotong terus dari akaun pengguna selepas imbasan dilakukan dan mereka boleh mengambil barangan terus dari rak sebelum terus keluar.

Starbuks akan membuka dua lagi kedai Starbucks Pickup pada tahun 2022 bagi melihat sama ada ia boleh meningkatkan jualan. Penangan pandemik menyebabkan jualan merudum sehingga kedai ditutup serta kerana kekurangan pekerja.