Cari @ Amanz

Moto G200 5G Dilancarkan Dengan Snapdragon 888+, Skrin 144Hz, Bateri 5000mAh

Link Copied!

Motorola telah mengemaskini rangkaian peranti di bawah siri G dengan penambahan beberapa model baharu. Salah satu daripadanya adalah Moto G200 5G. Ia merupakan peranti yang dilengkapi spesifikasi kelas mercu menerusi penggunaan cip Snapdragon 888+.

Selain daripada itu, peranti ini juga dilengkapi skrin IPS TFT LCD berukuran 6.8-inci FHD+ (1080×2460 piksel) dengan kadar segar semula 144Hz dan pensijilan HDR10. Padanan memori adalah 8GB RAM (LPDDR5) dan storan dalaman sehingga 256GB (UFS 3.1). Bateri pula sebesar 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W.

Tetapan kamera utama terdiri dengan 108MP + 8MP (Ultra-lebar)+ 2MP (kedalaman) dan kamera swafoto pula sebesar 16MP. Kamera peranti turut boleh merakam video dengan tetapan tertinggi 4K/30fps tanpa masalah. Lain-lain spesifikasi termasuklah penarafan IP52, pengimbas cap jari fizikal, port sambungan USB-C, NFC, Bluetooth 5.1 dan sebagainya. Moto G200 5G dijual pada harga EUR450 (~RM2,137) dengan dua pilihan warna seperti Stellar Blue dan Glacier Green.

Sumber : Motorola


Komen ()