Carian
Perodua Myvi 2022 Hadir Dengan Ciri Bantuan Pemanduan Dan Parkir Pintar
November 19, 2021 Aman

Perodua kini telah pun memperkenalkan Perodua Myvi generasi terbaru, yang hadir dengan rekaan yang dikemaskini, selain integrasi beberapa ciri pintar.

Menurut Perodua, antara ciri pintar yang disertakan adalah termasuk sokongan amaran pra-langgar, amaran pra-brek, Auto High Beam, dan peringatan apabila kereta hadapan telah bergerak ketika di lamput isyarat.

Disamping itu, Perodua Myvi 2022 juga turut hadir dengan amaran dan mengelak kenderaan daripada terkeluar lorong tanpa sengaja. Ciri pemantauan titik buta juga disertakan dalam mengelak sebarang kemalangan berlaku.

Dan dalam memudahkan parkir kenderaan, Myvi 2022 ini hadir dengan sensor tambahan yang memantau dan memberikan amaran sekiranya terdapat kenderaan dibelakang.

Perodua Myvi 2022 hadir dalam beberapa variasi pilihan, dna model dengan sokongan sokongan pemanduan pintar ini berharga bermula RM47,700.

https://www.youtube.com/watch?v=EqjW68tvJpc
Komen