Serentak dengan pelancaran model terkini Perodjua MyVi malam selama, syarikat automotif kedua negara ini juga mengumumkan pelancaran perkhidmatan langganan kereta EZ MOBi. Dengan EZ MOBi pelanggan tidak perlu memikirkan mengenai pendaftaran kenderaan, pembaharuan insuran, kos servis, kos penggantian alat ganti, kereta ihsan, pelupusan kenderaan dan penggantian keran kesemuanya di bawah satu pelan langganan lengkap.

Pelanggan hanya perlu memikirkan kos bahan api sahaja untuk menggerakkan kenderaan untuk kegunaan harian. Pada waktu ini langganan perkhidmatan Perodua EZ Mobi ditawarkan kepada syarikat perniagaan dan agensi kerajaan di Lembah Klang sahaja terlebih dahulu.