Polistirena ialah bahan yang mudah digunakan dalam bungkusan kerana ia menyerap hentakan dengan baik tetapi masih amat ringan. Penggunaannya secara meluas walau bagaimanapun menyebabkan lambakan bahan yang tidak terbiodegradasi dengan mudah sehingga mencemari laut serta tapak pelupusan. Pelbagai alternatif telah dibangunkan dan kini alternatif menggunakan bertih jagung telah diperlihatkan.

Busa yang diperbuat daripada bertih jagung ini dibangunkan oleh Prof. Alireza Kharazipour dari University of Göttingen di Jerman. Beliau mendapat ilham menggunakan bertih jagung sedekad yang lalu. Kelebihan busa bertih jagung ini ialah ia mempunyai kemampuan menyerap hentakan yang baik, boleh dikitar semula dan tidak mudah terbakar seperti polistirena. Malahan ia boleh dikitar semula menjadi bahan makanan haiwan ternakan.
Teknologi ini tela dilesenkan untuk dikomersialkan. Jadi mungkin tidak lama lagi melihat peranti yang dibeli dibungkus dengan busa bertih jagung akan menjadi perkara normal. Sebenarnya menggunakan bertih jagung sebagai pengganti packing peanuts telah lama digunakan cuma ciptaan Prof Kharazpour ini boleh dibentuk mengikut produk yang ingin dilindungi dengan lebih baik.