Huawei Watch GT3 akhirnya ditawarkan untuk pasaran tempatan. Ditawarkan dalam dua berbeza iaitu 42mm dan 46mm, masing-masing mempunyai gaya yang tersendiri. Di Malaysia, Huawei Watch GT3 versi 42mm dan 46mm dalam kemasan tali biasa ditawarkan pada RM999. Sementara itu, Huawei Watch GT3 versi 42mm dan 46mm dalam kemasan tali kulit pula berharga RM1,099.

Setiap pembelian didatangkan dengan beberapa penawaran menarik. seperti pembelian untuk Huawei Watch GT (46mm) disertakan dengan Huawei Freelace (bernilai RM379) secara percuma. Pembelian untuk Huawei Watch GT 3 (42mm) pula didatangkan dengan pemberian rebat segera bernilai RM200. Bagi yang berminat, sesi pratempah telah buka bermula hari ini – 3 Disember ini menerusi kedai atas talian rasmi Huawei, Lazada dan Shopee.

Huawei Watch GT3 (46mm) dilengkapi skrin 1.43″ AMOLED berbentuk bulat, tubuh premium dari logam tahan karat, dijana cip ARM Cortex-M, memori sebesar 32MB, storan sebesar 4GB. Kapasiti bateri tidak didedahkan tetapi boleh bertahan sehingga 14 hari pada penggunaan biasa atau sehingga 8 hari pada penggunaan lebih berat. Sementara itu, Huawei Watch GT3 (42mm) pula mempunyai ciri yang sama cuma skrin lebih kecil 1.32″ dan bateri yang boleh bertahan sehingga 7 jam pada penggunaan biasa atau 4 hari dalam penggunaan yang lebih berat.

Kedua-dua model GT3 boleh digunakan untuk berenang sehingga 5 ATM. Sensor standard giroskop, GPS, barometer, termometer, accelerometer dan pengecasan nadi disertakan. Jam tangan pintar ini boleh mengesan tahap oksigen dalam darah sepanjang hari disamping pengesanan 100 aktiviti senaman. Bagi yang memerlukan motivasi, terdapat ciri jurulatih maya terus dari pergelangan tangan.