Cari @ Amanz

Masihkan anda ingat dengan pemain MP3 Winamp? Bagi yang terlupa ia adalah aplikasi yang dilancarkan pada tahun 1997 dan segera menjadi pemain MP3 pilihan di PC kerana menawarkan audio yang baik dan paling penting sekali pilihan menyalin kulit dengan pelbagai tema yang boleh diubah sendiri oleh pengguna. Pada tahun 2018 versi baharu aplikasi tertiris dengan ura-ura ia akan dilancarkan pada tahun 2019 tetapi ini tidak berlaku.

Tetapi laman Winamp telah dikemaskini minggu ini menurut laman BleepingComputer dan menarik sekali pengguna boleh mendaftarkan minat untuk menjadi antara penguji versi beta. Tidak banyak diketahui mengenai versi terkini Winamp yang akan dilancarkan melainkan terdapat ciri untuk pemuzik menjana pendapatan dan berhubung dengan peminat secara terus.

Ini mungkin adalah langkah yang bijak memandangkan tidak ramai di kalangan pengguna moden masih menyimpan fail MP3 dalam komputer kerana kepopularan perkhidmatan penstriman. Bagi yang masih bernostalgia, pelancaran semula Winamp ini pasti akan mengimbau zaman muda. Saya sendiri masih ingin jika ingin memainkan Winamp, program lain perlu ditutup kerana PC tidak mempunyai RAM mencukupi untuk memainkan lagu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd