Selain daripda peranti boleh-pakai, Huawei Malaysia turut hadir dengan aksesori audio baharu iaitu Huawei FreeBuds Lipstick. Bagi yang berminat, ia dijual pada RM999 dan boleh dipratempah bermula hari ini – 3 Disember 2021. Lebih menarik, anda juga boleh menikmati rebat segera bernilai RM300 untuk pembelian Freebuds Lipstick dan Watch GT2 secara bundle yang dijual pada RM1,698.

Huawei FreeBuds Lipstick merupakan fon telinga berwarna merah bersama tangkai yang panjang mempunyai rekaan terbuka. Ia juga masih dilengkapi sistem pembatalan hingar aktif (ANC). Pada masa sama turut boleh digunakan untuk bersenam kerana melepasi piawaian kalis air IPX4.
Dari kemasan, ia kelihatan seperti sebatang gincu bibir yang bersaiz besar dengan tempat simpanan diperbuat daripada logam. Menariknya, pod pengecasan berwarna hitam yang disertakan mempunyai kemasan emas memanjang dengan sisi yang dibulatkan. Bagi mereka yang mencari TWS dengan rekaan yang lain daripada yang lain, Freebuds Lipstick mungkin direka khusus untuk anda.