Artis Global Pertama TikTok Ialah Fatia Dari Malaysia

Diterbitkan pada Nov 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

TikTok hari ini mengumumkan artis pertama mereka ialah Fatia (@ThisIsFatia) yang berasal dari Malaysia. Video muzik lagi beliau My World Too kini dilancarkan di TikTok terlebih dahulu sebelum ditawarkan di pelbagai platform penstriman pada 26 November hadapan.

Fatia ialah seorang penyanyi yang berasal dari Kuala Lumpur. Membesar dalam keluarga muzik, minat Fatia dalam bidang nyanyian mendapat sokongan ibu bapa dengan penyertaan dalam pelbagai aktiviti muzik di sekolah. Bakal beliau ditemukan oleh TikTok selepas pelbagai video dimuat naik. Menarik sekali beliau hanya menggunakan TikTok bagi menghilangkan kebosanan akibat pandemik.

Lagu beliau My World Too ditulis oleh Aubrey Suwito yang turup menggarap lagu popular Gemilang dan Menuju Puncak. Ini ialah kerjasama kedua Aubrey bersama TikTok selepas menulis lagu Perihal Dirimu untuk penyanyi Malaysia Haikal Farid dan penyanyi Indonesia Weswey.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami