BMW Melancarkan Cagak Motosikal ConnectedRide Cradle Dengan Pengecasan Nirwayar

Diterbitkan pada Nov 20, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

BWM telah melancarkan cagak ConnectedRide Cradle khusus untuk motosikal keluaran mereka. Selain memastikan telefon pintar selamat ketika pengguna menunggang motosikal, cagak juga membolehkan peranti digunakan untuk memaparkan data motosikal yang disokong seperti BMW R 1200 GS.

Antara data yang boleh dipaparkan ialah kelajuan, pecutan, sudut sendeng dan membrek secara masa nyata. Turut disokong ialah sistem pengecasan nirwayar Qi 7.5W bagi memastikan telefon pintar tidak mati ketika digunakan. Menurut BMW pelbagai peranti disokong asalkan ia di bawah saiz maksimum 6.39 x 3.07 inci.

Sungguhpun menyokong iPhone, pengguna peranti Apple ini hanya menyedari syarikat memberikan amaran kamera mungkin rosak jika dipasang pada cagak motosikal berprestasi tinggi keluaran BMW.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami