Carian
MediaTek Kini Memegang Sekitar 43% Pasaran Peranti Mudah-Alih
November 20, 2021 Aman

MediaTek kini berkongsi mengatakan yang mana mereka mempunyai pegangan pasaran mudah-alih sekitar 43% pada tahun 2021 ini. Pihak MediaTek terus mengukuhkan lagi pegangan pasaran, dan mempertingkatkan pegangan mereka daripada 34% sebelum ini.

Dengan perkembangan ini, MediaTek terus mendahului Qualcomm, Unisoc, Samsung, Apple dan Hi Silicon. MediaTek terus mendominasi pasaran SoC telefon pintar berspesifikasi rendah dan pertengahan, termasuk untuk segmen 5G.

Pasaran segmen 5G masih didominasi oleh Qualcomm, tetapi MediaTek memperlihatkan peningkatan sekitar tiga kali ganda untuk segmen berkenaan.

Untuk tahun 2022 kelak, persaingan akan terus sengit, apatah lagi dengan pelbagai sektor semikonduktor dijangka akan pulih berperingkat, selain jenama pengeluar peranti juga dijangka beralih menghasilkan cip tersendiri.

Komen