Carian
Sekolah Digital Selangor Bakal Ditubuhkan Pada 2022
November 20, 2021 Aman

Menteri Besar Selangor, hari ini mengumumkan yang mana Sekolah Digital Selangor bakal ditubuhkan pada tahun 2022, sekaligus membantu dalam menangani kekurangan bakat tempatan dalam arena digital.

Melalui Sekolah Digital Selangor, ia dijangka akan membantu individu dalam meningkatkan kemahiran atau mengubah kerjaya melalui jurulatih profesional dengan kos berpatutan. Langkah ini adalah selari dengan perkembangan arena ekonomi digital.

Selagor juga berharap agar dapat menawarkan kursus pendek, diploma, ijazah dan sarjana yang diiktiraf.

Pada hari ini, ia dijangka terdapat kekosongan sekitar 500,000 jawatan dalam bidang berkaitan digital.

Komen