Carian
DuckDuckGo Kini Memudahkan Perlindungan Daripada Penjejak Untuk Pengguna Android
November 21, 2021 Aman

Privasi dan perlindungan daripada penjejak telah menjadi salah satu topik utama kebelakangan ini. Selari dengannya, kini DuckDuckGo hadir dengan kemaskini aplikasi mereka untuk Android, dan menambah ciri App Tracking Protection.

Melalui ciri ini, ia ingin menawarkan perlindungan daripada penjejak yang digunakan sejumlah aplikasi, sekaligus mengembalikan privasi seseorang pengguna.

Ciri ini ditawarkan dalam bentuk beta melalui aplikasi DuckDuckGo untuk Android. Apabila diaktifkan, ia akan mengenal-pasti apabila sesuatu aplikasi inign menghantar data ke pihak penjejak, dan menghalang ia.

Ciri ini akan berjalan pada latar, memastikan pengguna terus dilindungi daripada penjejak, selain memastikan pengguna menggunakan aplikasi seperti biasa.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi DuckDuckGo untuk Android, dan pergi ke bahagian menu tetapan, dan memilih menyertai ujian App Tracking Protection.

Komen