Cari @ Amanz

Sony Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan penawara Xperia PRO-i untuk pasaran Malaysia. Kini,selain daripadanya, satu lagi model baru dibawa masuk untuk pasaran tempatan, iaitu Sony Xperia 5 III.

Sony Xperia 5 III hadir dengan skrin OLED 6.1-inci dengan nisbah 21:9 serta kadar segar semula, dijana cip Snapdragon 888, memori 8GB RAM, dan storan 256GB. Melengkapkan ia adalah bateri 4500mAh, dan juga Android 11.

Untuk rakaman gabar, Xperia 5 III hadir dengan tri-kamera belakang yang ketiga-tiganya menggunakan sensor 12-megapixel, serta menggunakan penjenamaan ZEISS.

Sokongan lain yang popular daripada Sony, seperti kalis air, ciri PS4 Remote Play, dan bicu audio turut disertakan.

Bagi anda yang berminat, boleh melakukan pra-tempahan sehingga 20 Disember 2021 kelak pada harga RM4599. Mereka yang melakukan pra-tempahan turut akan menerima fon kepala WF-XB700 secara percuma.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd