Proton Dan Maxis Umum Kerjasama Untuk Kes Penggunaan 5G

Diterbitkan pada Nov 22, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Maxis dan Proton kini dilihat mengumumkan kerjasama strategik dalam pembangunan kaedah penggunaan 5G. Seperti ramai sedia maklum, rangkaian 5G bakal membawa kepada perkembangan peranti berhubung, dan pembangunan kilang pintar, bandar pintar, dan sebagainya disebabkan kadar pendam masa rendah dan keupayaan pemindahan data bersaiz besar dengan pantas.

Proton

Melalui kerjasama ini, Proton akan membangunkan penyelesaian yang tertumpu pada kilang Tanung Malim, selain ia juga merupakan sebahagian daripada strategi pertumbuhan Proton dalam pembangunan Proton City sebagai bandar pintar model melalui sistem terkini.

Kes penggunaan akan bergantung pada rangkaian 5G yang dibina khas dan Maxis akan menguruskan perkhidmatan secara menyeluruh untuk beberapa penyelesaian IoT di ibu pejabat pembuatan Proton di Tanjung Malim, Perak. Penyelesaiannya termasuk sistem Keselamatan Pintar untuk menjejak dan memastikan keselamatan model kereta yang dihasilkan dari kilang pengeluaran, dan sistem sokongan dan penyelenggaraan Augmented Reality/Virtual Reality untuk jurutera PROTON berkomunikasi dengan rakan kongsi antarabangsa mereka dalam masa nyata, bagi menyelesaikan masalah, isu teknikal dan memastikan kualiti pengeluaran.

Sekiranya semuanya berjalan dengan lancar, tidak mustahil kita melihat ia diimplementasikan untuk penggunaan komersil, serta pembangunan Kampus Pembangunan Pintar oleh Proton. 5G juga dijangka akan membolehkan Proton melanjutkan penyelidikka dan pembangunan daalam teknologi Kenderaan-Ke-Semua (C-V2X), membolehkan Proton merekabentuk da membina kenderaan autonomi kalis masa hadapan yang teguh.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami