Carian
Siri Oppo Reno7 Bakal Dilancarkan Di China Pada Minggu Ini
November 22, 2021 Amy Maizuraa

Desas-desus kewujudan Oppo Reno7 sudah kedengaran sejak beberapa minggu lalu apabila ia ditemui tertiris dalam beberapa laporan. Ia bakal menjadi kemas kini untuk Oppo Reno6 yang telah dilancarkan sekitar bulan Mei yang lalu. Enggan terus berteka-teki, Oppo kini berkongsi tarikh pelancaran rasmi untuknya dalam kemas kini baharu di laman web rasmi.

Poster menunjukkan peranti berkenaan akan dilancarkan pada minggu ini iaitu 25 November 2021. Acara pelancaran akan diadakan di China dan Oppo dijangka memperkenalkan sekurang-kurangnya tiga model berbeza. Tidak seperti sebelumnya, spekulasi awal mendakwa versi pro+ tidak akan dilancarkan untuk kali ini. Sebaliknya, ia bakal digantikan oleh model Oppo Reno7 SE. Sekiranya hal ini benar, maka kita akan melihat penawarannya terdiri dengan model Oppo Reno7, Oppo Reno Pro dan Oppo Reno7 SE.

Dalam pada itu, poster turut menunjukkan rekaan pada peranti yang hadir dalam kemasan berkotak. Turut dapat dilihat, modul kamera di belakang menunjukkan sedikit perbezaan. Dakwaan awal mengatakan Oppo Reno7 SE mungkin dilengkapi cip MediaTek Dimensity 920, Oppo Reno 7 Pro pula menggunakan Snapdragon 888 dan Oppo Reno7 dijana oleh MediaTek Dimensity 1200.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi kelak untuk perkembangan lebih lanjut mengenai peranti ini.

Sumber : Oppo China

Komen