Spotify Membuang Ciri Shuffle Pada Muka Album Atas Permintaan Adele

Diterbitkan pada Nov 22, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Adele melancarkan album ke-empat beliau “30” minggu lalu dan ia adalah antar album yang amat dinantikan peminat penyanyi yang berasal dari UK ini. Menarik sekali antara syarat yang dikenakan oleh beliau sebelum membenarkan album ini ditawarkan ke Spotify ialah syarikat penstriman membuang ciri ‘shuffle’ pada muka album untuk semua pengguna akaun Premium.

Apabila muka album dibuka dalam aplikasi, tiada lagi pilihan untuk mendengar “30” dengan ciri shuffle. Menurut Adele urutan lagu dalam album disusun seperti sebuah cerita. Jika ciri shuffle yang memainkan lagu secara rawak tidak mengikut urutan, cerita yang ingin beliau sampaikan tidak akan dapat dinikmati oleh pendengar.Pendengar masih boleh mendengar album dengan mod shuffle selepas lagu dimainkan dan memilih untuk mengaktifkannya secara manual.


Sebagai peminat muzik, saya setuju dengan pendapat Adele bahawa urutan lagu dalam album perlu didengari mengikut urutan yang ditetapkan oleh pengkarya. Contoh terbaik ialah jika album OK Computer oleh Radiohead dimainkan tidak mengikut urutan, kenikmatannya langsung tidak sama. Saya menulis ini dari sudut seorang insan yang mendengar album mengikut urutan kerana ia tabiat sejak menggunakan kaset.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami