Samsung Akan Menamatkan Sokongan DeX Untuk macOS Pada Januari 2022

Diterbitkan pada Nov 22, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung DeX merupakan salah satu perisian yang disediakan oleh Samsung, membolehkan pengguna menghubungkan peranti mereka ke skrin paparan lebih besar, dan menggunakannya dalam melakukan sejumlah tugasan.

Terbaru, pihak Samsung dilihat telah membuat keputusan untuk menamatkan sokongan Samsung Dex melalui macOS bermula Januari 2022 kelak.

Ini bermakna, pengguna Samsung perlu melihat kepada kaedah baharu dalam menghubungkan peranti dan menggunakan fail dan dokumen pada telefon terus pada komputer.

Bagi pengguna sedia ada, ciri berkenaan dijangka akan dapat digunakan, tetapi Samsung tidak lagi akan menawarkan sokongan atau kemaskini untuknya. Sementara untuk pengguna Windows, anda masih kekal menggunakannya seperti biasa.

komen


© Amanz / 2022 Kami