Cari @ Amanz

Intel baru sahaja melancarkan siri cip pemprosesan ke-12 mereka, Alder Lake untuk kelas desktop, dan dijangka akan memperkenalkan CPU Alder Lake untuk komputer riba pada tahun hadapan.

Terkini, melalui laporan CNet, Intel dilihat sedang menguji cip pemprosesan generasi ke-14 untuk komputer riba nipis dan ringan, yang dinamakan Meteor Lake-M. Apa yang menarik mengenai cip pemprosesan ini ialah ia dilihat cip pemprosesan pertama daripada Intel yang akan dibangunkan menggunakan proses N4 mereka dengan teknologi pempakejan Foveros yang akan membolehkan Intel memuatkan 3-4 cip sekaligus, termasuklah cip pemprosesan, cip grafik dan juga SoC-LP untuk tujuan I/O.

Apa yang menarik mengenai cip pemprosesan ini dari segi binaannya, bermula dengan cip pemprosesan Meteor Lake keatas, ini bermakna bahawa Intel boleh memuatkan pelbagai cip pemprosesan grafik/SoC dari proses yang berlainan (N7, N4) didalam cip pemprosesan ini tanpa begitu banyak masalah.

Dari segi penggunaan kuasa, Meteor Lake-M dijangka akan hadir dengan TDP sekitar 5-15W dan dijangka akan digunakan dalam komputer riba nipis dan ringat dibawah model komputer riba Intel Evo yang menggantikan konsep Ultrabook.

Siri CPU Intel Meteor Lake-M ini dijangka hanya akan dilancarkan sekitar pertengahan tahun 2023 kelak.

Sumber: CNet

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd