Rolls Royce Spirit of Innovation Ialah Kenderaan Elektrik Terpantas Di Dunia

Diterbitkan pada Nov 22, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Rekod dunia kenderaan elektrik paling pantas kini dipegang oleh Rolls Royce Spirit of Innovation, sebuah kapal terbang elektrik yang berjaya mencecah kelajuan 623 km/j. Ia memintas rekod 338 km/j yang dipegang oleh kapal terbang elektrik Siemens Extra 330LE.

Spirit of Innovation dilengkapi enjin elektrik 500 kuasa kuda yang yang menggunakan kuasa bateri yang terdiri daripada 6480 sel. Ini menurut Rolls Royce bersamaan dengan 7500 sel bateri yang digunakan pada telefon pintar. Selain mencatatkan rekod sebagai kenderaan elektrik terpantas dunia, ia juga kapal terbang elektrik yang mencatatkan masa terpantas terbang ke ketinggian 3000 meter dalam masa 202 saat.

Spirit of Innovation ialah sebahagian daripada projek Accelerating the Electrification of Flight (ACCEL) yang ingin mempercepatkan penggunaan kuasa elektrik pada kapal terbang yang pada waktu ini masih di belakang sistem pengangkutan yang lain.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami