Implimentasi Fungsi Penyulitan Mesej Hujung-Ke-Hujung Facebook Dan Instagram Ditunda Ke 2023

Diterbitkan pada Nov 22, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sebelum ini, Meta, syarikat penaung disebalik platform media sosial popular Facebook, Instagram dan aplikasi permesejan WhatsApp mengatakan bahawa mereka akan mengimplimentasi fungsi permesejan hujung-ke-hujung pada Facebook dan juga Instagram pada tahun hadapan, tetapi nampaknya perkara tersebut akan ditunda ke 2023.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Keselamatan Facebook, Antigone Davis yang mengatakan bahawa ia terpaksa ditunda kerana Meta dilaporkan mahu memastikan bahawa ciri keselamatan tersebut diimplimentasi dengan baik. Buat masa ini, fungsi chat dengan penyulitan hanya terhad kepada Secret Conversations di Facebook Messenger, dan hanya boleh digunakan pada peranti pintar dan hanya boleh diaktifkan secara manual.

Untuk Instagram pula, pengguna juga harus memulakan perbualan mesej tersulit secara manual juga melalui fungsi DM. Perbezaan dengan Facebook Messenger ialah buat masa ini, nampaknya fungsi ini hanya ditawarkan di beberapa lokasi tertentu buat masa ini.

Pihak Meta tidak mengesahkan lagi bilakah pada tahun 2023 mereka akan memperkenalkan fungsi penyulitan hujung-ke-hujung terbina, tetapi nampaknya setakat ini jika anda mahukan perbualan yang tidak boleh dijejak oleh sesiapa, anda boleh menggunakan ciri penyulitan yang ada sekarang, atau menggunakan WhatsApp untuk penyulitan lebih mudah.

Sumber: Engadget

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami