Siri Oppo 7 akan dilancarkan di China pada 25 November hadapan. Rekaannya juga telah diperlihatkan selepas ia dimuat-naik di laman web rasmi Oppo China. Siri berkenaan juga dijangka hadir dalam tiga model berbeza iaitu Oppo Reno7, Oppo Reno7 Pro dan Oppo Reno7 SE.

Terbaharu, kewujudan untuk dua model berkenaan telah disahkan apabila ia dilihat tersenarai di kedai atas talian di China, JD.com. Peranti yang dimaksudkan adalah Oppo Reno7 dan Oppo Reno7 Pro. Pada masa sama, sebahagian spesifikasi pada kedua-dua peranti turut telah diperlihatkan.

Oppo Reno7 akan dilengkapi cip Snapdragon 778G dengan padanan memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Ia juga akan dilengkapi binaan yang nipis dengan ketebalan sekitar 7.59mm. Di samping, bateri sebesar 4500mAh.
Oppo Reno7 Pro pula akan dijana oleh cip MediaTek Dimensity 1200-Max dengan padanan memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman 256GB. Seperti Oppo Reno7, kapasiti bateri untuk versi pro juga adalah 4,500mAh. Turut melengkapinya adalah sokongan pengecasan pantas 65W.

Apa yang tinggal, hanyalah persoalan mengenai Oppo Reno7 SE. Buat masa ini, peranti ini tidak pula ditemui tersenarai menerusi laman berkenaan. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi kelak untuk perkembangan lebih lanjut mengenai peranti-peranti ini.
Sumber : JD.Com