Alphabet X Mula Menggunakan Everyday Robots Untuk Kerja Remeh Pembersihan Kampus

Diterbitkan pada Nov 22, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Robot telah menggantikan kerja manusia di kilang, pusat pengumpulan bungkusan, restoran dan turut telah digunakan sebagai sama menguruskan majlis pengebumian di Jepun. Tetapi robot yang digunakan masih terhad penggunaannya kerana tidak mampu belajar lebih daripada satu tugasan. Alphabet X minggu lalu mengumumkan robot Everydays Robots telah mula digunakan di kampus untuk melakukan tugasan remeh.

Ia digunakan di kafeteria untuk membersihkan permukaan meja dan melakukan proses sanitasi, membersihkan permukaan tingkap, menyusun semula kerusi, mengangkat cawan kotor dan membuka pintu. Sebanyak 100 robot prototaip kini digunakan di seluruh kampus dengan kemampuan untuk belajar melakukan tugasan baharu kerana ia memahami apa yang dilihat di dunia sebenar. Sensor kamera dan LiDAR yang dibangunkan oleh Waymo digunakan oleh Everyday Robots bagi menjayakan projek robotik mereka.

Di Alphabet X, robot dibangunkan untuk menggantikan pekerja manusia terus dari kerja-kerja yang dianggap remeh. Ini berbeza dengan pendekatan di Jepun dimana teknologi realiti terimbuh AR digunakan bagi membenarkan manusia bekerja dari rumah dengan mengawal robot di tempat kerja seperti yang dilihat dalam pelbagai siri anime dan Super Sentai.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami