Sarawak Mengesahkan Masih Menunggu Kelulusan Permohonan Lesen Bank Digital

Diterbitkan pada Nov 22, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Ketua Menteri Sarawak kini mengatakan yang mana kerajaan negeri masih menunggu kelulusan permohonan lesen bank digital daripada pihak Bank Negara Malaysia (BNM).

Ini sekaligus mengesahkan yang mana Sarawak telah memohon lesen bank digital, dan antara 40 permohonan untuk lesen perbankan digital.

Kerajaan Sarawak bukanlah baharu dalam penyertaan arena kewangan. Sebelum ini, mereka sedia menawarkan SarawakPay yang digunakan oleh sejumlah besar pengguna di Sarawak.

Sarawak Pay

Sarawak menyasarkan pelaksanaan bank digital ini akan menyaksikan perubahan infrastruktur perbankan di negeri berkenaan, dan memberi manfaat kepada rakyat, terutama di luar bandar.

Bank Negara Malaysia dijangka menawarkan sehingga lima lesen untuk bank digital, dan bakal mengumumkan pihak yang akan menerimanya pada 2022 kelak.

komen


© Amanz / 2022 Kami