Cari @ Amanz

TrueCaller Kini Mempunyai Lebih 300 Juta Pengguna Aktif Bulanan

Oleh Aman

Link Copied!

Truecaller, salah satu aplikasi popular yang memudahkan pengguna mengetahui panggilan berbentuk spam, kini mengumumkan mereka telah melangkaui 300 juta pengguna aktif pada peringkat global.

Tahun ini menyaksikan peningkatan pengguna yang agak mendadak. Truecaller mengatakan mereka mencatatkan peningkatan 50 juta pengguna sejak Oktober 2020 yang lepas.

Truecaller

Di Malaysia sendiri, ia menyaksikan peningkatan sebanyak 42.5%, seentara rantau Asia Tenggara pula memperlihatkan peningkatan sekitar 62% dalam tempoh setahun ini.

Peningkatan ini sekaligus memperlihatkan kekuatan dan populariti perkhidmatan Truecaller dalam terus melindungi pengguna daripada panggilan berbentuk spam dan tidak dikehendaki.


Komen ()