Cari @ Amanz

Sebelum Samsung SmartTag dan Apple AirTag memasuki pasaran, Tile ialah syarikat yang mendominasi pasaran ini. Peranti penjejak objek mereka ditawarkan dalam pelbagai saiz bagi memudahkan ia dimasukkan ke dalam beg, menjadi anak kunci dan diselitkan dalam dompet. Kini Tile mengumumkan mereka akan diambil alih oleh firma Life360.

Life360 membayar $205 juta untuk mengambil alih Tile dengan urusan pemindahan hak milik dijangka selesai awal 2022. Syarikat akan mengekalkan operasi seperti sedia ada dengan CJ Prober kekal sebagai ketua pegawai eksekutif. Dengan pengambil alihan syarikat, rangkaian penjejakan Tile akan meningkat sehingga 10 kali ganda kerana Life360 pada waktu ini sudahpun mempunyai 33 juta pengguna.

Aplikasi Life360 digunakan oleh pelanggan untuk menjejak lokasi ahli keluarga dan popular di kalangan ibu bapa yang ingin mengetahui lokasi anak-anak mereka sepanjang masa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd