Cari @ Amanz

Seperti sedia maklum, Vivo Y76 5G dilancarkan di Malaysia pada hari ini. Beberapa jam sebelum pelancarannya berlangsung, harga jualan untuk peranti ini telah dikongsi lebih awal menerusi laman kedai atas talian rasmi Vivo di Lazada dan Shopee.

Ia menunjukkan Vivo Y76 (8GB+128GB) ditawarkan di Malaysia pada harga RM1,299 untuk sebuah. Sesi pra tempah akan dibuka bermula hari ini – 26 November 2021. Lebih menariknya, ia turut didatangkan dengan hadiah percuma yang menarik bernilai hingga RM646.

Untuk spesifikasi khusus, Vivo Y76 dilengkapi skrin bersaiz 6.58-inci LCD dengan resolusi FHD+ (2408 × 1080piksel). Ia juga dipadankan dengan cip Mediatek Dimensity 700, memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Bateri pula adalah sebesar 4,100mAh yang menyokong pengecasan pantas 44W.

Tetapan kamera utama terdiri dengan 50MP + 2MP + 2MP dan kamera hadapan adalah 16MP. Lain-lain spesifikasi adalah Bluetooth 5.1, pengimbas cap jari sisi, menjalankan Funtouch OS 12 berasaskan Android 11 dan sebagainya. Terdapat dua pilihan warna yang disediakan seperti Midnight Space dan Cosmic Aurora.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd