Uber Eats Kini Menawarkan Penghantaran Kanabis Di Kanada

Diterbitkan pada Nov 23, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Uber bermula sebagai syarikat seru pandu sebelum mengembangkan perkhidmatan penghantaran makanan, kenderaan swapandu dan teksi terbang. Di Ontario Kanda, Uber Eats kini menawarkan pula perkhidmatan pengantaraan kanabis kepada pelanggan.

Menerusi kerjasama syarikat Tokyo Smoke, pelanggan Uber Eats boleh memesan kanabis dan aksesori menggunakannya terus dari dalam aplikasi. Terdapat beberapa sistem keselamatan terbina bagi memastikan hanya pelanggan dewasa boleh mengakses perkhidmatan ini. Penghantaran juga memerlukan pelanggan membuktikan identiti dan umur sebelum produk diserahkan.

Uber Eats menawarkan penghantaran kanabis bagi membantu menyelesaikan masalah jualan kanabis secara haram di Kanada walaupun ia kini sudah dibenarkan oleh kerajaan. Ini melibatkan pelanggan bawah umur dan juga isu pengguna yang memandu ketika khayal semasa melakukan pembelian.

Di Malaysia, KKM sudah memulakan kajian untuk membenarkan penggunaan ubat-ubatan berasaskan kanabis. Kajian-kajian terkini membuktikan kanabis berkesan dalam mengurangkan kesakitan dengan kesan jangka pendek yang lebih rendah berbanding ubat berasaskan opioid, membantu pesawat yang sedang menjalani kemoterapi dan mengembalikan selera di kalangan pesakit HIV.

Pandangan kuno kanabis ialah dadah yang membuka pintu kepada ketagihan dadah lebih berbahaya juga sudah disangkal. Mungkin suatu hari nanti di Malaysia anda juga boleh memesan Nas Ganja bersama dengan minyak kanabis bagi tujuan perubatan menggunakan aplikasi

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami