Instagram Menguji Kemampuan Tambah Muzik Pada Siaran Foto

Diterbitkan pada Nov 23, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Instagram sudah sedia menyokong perkongsian muzik pada platform mereka. Pengguna boleh kongsinya di Stories atau Reels dengan memilih muzik yang terdapat dalam pustaka mereka.

Terkini, Instagram dilihat sedang menguji kemampuan menambah muzik pada siaran foto pula. Sebelum pengguna mula terbitkan siaran foto yang ingin dikongsi, mereka yang terpilih akan melihat kemampuan Add Music.

Kemudian, pengguna boleh memilih untuk kongsi bahagian kegemaran seperti korus, ayat-ayat manis yang terdapat pada lirik atau sebagainya sama seperti di Stories atau Reels.

Buat masa ini, Instagram dilihat hanya membenarkan beberapa pengguna di India dan negara-negara terpilih yang tidak dinyatakan sahaja untuk fungsi ini. Ini membuatkan kami teringat akan MySpace, buka sahaja profil rakan akan ada muzik. Kini zaman Instagram, di mana buka profil rakan (jika auto-main diaktifkan) muzik boleh kedengaran pada setiap siaran.

Sama-sama kita nantikan fungsi ini diedarkan secara lebih meluas.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami