Kojima Production Membuka Bahagian Pembangunan Filem, Siri TV dan Muzik

Diterbitkan pada Nov 23, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Hideo Kojima ialah pengarah permainan video yang menghasilkan permainan terkemuka seperti Snatchers, Metal Gear dan Death Stranding. Sejak bergerak solo menerusi Kojima Production beliau melakukan kerjasama dengan pengarah Guillermo Del Toro dan pelakon Mads Mikkelsen. Jelas Kojima mempunyai impian untuk menjadi pengarah filem pula dalam masa terdekat.

Impian mungkin semakin hampir menjadi kenyataan dengan Kojima Production membuka bahagian baharu yang akan menguruskan pembangunan filem, siri TV dan muzik berasaskan harta intelek milik mereka. Pejabat dibuka di Los Angeles, California diketuai oleh Riley Russell yang merupakan bekas pekerja Sony selama 28 tahun.

Indistri permainan video pada waktu ini menjana pendapatan tahunan lebih tinggi berbanding pendapatan gabungan industri filem, televisyen, muzik dan penstriman. Kita sudahpuan dapat melihat pelbagai siri adaptasi seperti The Witcher, Resident Evil dan Arcane mula diterbitkan berasaskan siri permainan video popular. Mungkin tidak lama lagi filem Death Stranding akan ke layar perak pula?

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami