Cari @ Amanz

OnePlus Mula Menggunakan Nama Tanpa Nombor Pada Peranti Mereka – Bermula Dengan OnePlus RT

Link Copied!

OnePlus turut mengikut banyak pesaing dalam menggunakan struktur nama baharu untuk peranti mereka. Entah kenapa pengeluar peranti gemar mengelirukan pengguna dengan nama produk. Padahal boleh sahaja dengan bijak berfikir menggunakan nama yang mudah dan ringkas.

Di India akan datang, OnePlus akan mula menjual OnePlus 9 RT yang sebelum ini eksklusif di pasaran China sahaja. Untuk India, peranti ini akan dijenamakan semula kepada OnePlus RT dan mereka tidak menyertakan sebarang nombor padanya.

Di laman pembangun Google Play Store, peranti ini disenaraikan akan dijana cip Snapdragon 888 dengan 12GB RAM, skrin dikhabarkan adalah AMOLED 120Hz bersaiz 6.55″, resolusi disahkan adalah FHD+, bateri pula dikatakan kekal dengan 4500mAh dan menggunakan sensor kamera sama pada OnePlus 9 dan OnePlus Nord 2 iaitu 50MP Sony IMX766.

Peranti ini dilihat adalah pengganti kepada siri T yang telah dibatalkan dan juga satu iterasi gabungan antara Nord2 dan OnePlus 9. Tidak pasti jika OnePlus RT akan dipasarkan kepada negara lain dan adakah model lain turut akan menggunakan nama baru? Adakah OnePlus 10 Pro akan menjadi OnePlus Pro? Sama-sama kita nantikan.


Komen ()