Twitter Blue ialah perkhidmatan langganan bulanan Twitter yang menawarkan pelbagai fungsi-fungsi tambahan berbanding dengan aplikasi Twitter yang biasa. Setakat ini, penawarannya terhad kepada Amerika Syarikat, Kanada, New Zealand dan Australia.

Twitter Blue dilihat hadir dengan ciri-ciri menarik seperti undo Tweet, pembacaan artikel tanpa iklan, fungsi Unroll bebenang terbina, folder dalam ciri Bookmark dan juga pilihan ikon aplikasi yang boleh diubahsuai.

Seperti yang dikatakan sebelum ini, Twitter Blue hanya ditawarkan di negara-negara terpilih, tetapi nampaknya Twitter sedang bersedia untuk memperkenalkannya ke pasaran-pasaran tambahan, kerana saya telah menerima pilihan menu yang memperlihatkan fungsi Twitter Blue ini.

Buat masa ini, fungsi tersebut masih lagi mengeluarkan notis bahawa fungsi ini akan diperkenalkan di masa akan datang, tetapi ia masih lagi memberi contoh fungsi-fungsi yang ditawarkan. Buat masa ini, langganan Twitter Blue ditetapkan pada harga $2.99 sebulan.