Cari @ Amanz

Google tidak lagi menerbitkan peratusan penggunaan versi Android secara terbuka sejak 2018. Mungkin kerana setiap bulan ia menunjukkan versi terkini Android sering di belakang versi lama walaupun selepas berbulan diberikan. Terkini menerusi laman 9to5Google, peratusan penggunaan versi Android telah dikongsi menerusi Android Studio dan situasi dahulu masih berulang.

Android 10 mempunyai pegangan terbesar dengan 26.5% peranti menggunakannya diikuti pula oleh Android 11 (24.2%), Android 9 Pie (19.2%), Android 8 Oreo (13.7%), Android 7 Nougat (6.3%), Android 6 Marshmallow (5.1%), Android 5 Lollipop (3.9%), Android 4.4 KitKat (1.4%) dan Android 4.1 Jelly Bean (0.6%).

Tiada peratusan untuk Android 12 kerana data dipercayai lewat beberapa minggu sebelum kemas kini diberikan oleh Google. Yang pasti pada waktu ini lebih daripada 50% peranti Android menggunakan sistem operasi yang berusia bawah tiga tahun. Angka yang ketinggalan jauh berbanding iOS 15 yang kini digunakan hampir 46.29% iPhone dan iOS 14 pula digunakan 48.84% iPhone menurut angka terkini Mixpanel.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd