Cari @ Amanz

AirAsia Xpress Diperkenalkan – Perkhidmatan Penghantaran Barangan Pada Hari Sama

Oleh Aman

Link Copied!

AirAsia telah mula memperkenalkan beberapa perkhidmatan secara berperingkat sebelum ini. Selepas khidmat penghantaran makanan dan seru-pandu, kini AirAsia turut memperkenalkan khidmat penghantaran barangan pada hari sama, dinamakan AirAsia Xpress.

AirAsia Xpress ditawarkan melalui aplikasi utama AirAsia, dan memberikan pilihan tempahan untuk penghantaran barangan dalam tempoh kurang sejam, atau dalam tempoh atara 4 ke 6 jam.

Pengguna boleh menggunakan aplikasi AirAsia, memilih perkhidmatan Xpress, dan seterusnya memilih lokasi pengambilan dan penghantaran, sebelum mengesahkan tempahan.

Dengan penyertaan ini, AirAsia sekaligus bersaing dengan pelbagai perkhidmatan penghantaran di pasaran hari ini, selain turut bersaing dengan Grab.

AirAsia Xpress ditawarkan di Kuala Lumpur, Melaka, Johor Bahru, Kota Bahru, Pulau Pinang, Ipoh, dan Kota Kinabalu buat masa ini. Penghantaran antara bandar dijangka akan ditambah pada masa akan datang.


Komen ()