Celcom Selesai Menamatkan Rangkaian 3G Di Sebahagian Kelantan Dan Terengganu

Diterbitkan pada Nov 23, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Celcom kini agak aktif dalam menamatkan perkhidmatan rangkaian 3G mereka, selari dengan aspirasi kerajaan untuk menamatkan sepenuhnya rangkaian 3G menjelang penghujung 2021 ini.

Selepas menamatkan rangkaian 3G di Selangor dan Kuala Lumpur, kini Celcom turut telah selesai menamatkan perkhidmatan rangkaian 3G di sebahagian Kelantan dan Terengganu.

Antara lokasi yang telah ditamatkan rangkaian 3G di Kelantan adalah di Pasir Mas, Gua Musang, Kota Bharu, Pasir Puteh, Machang, Kuala Krai, Tumpat, Tanah Merah dan Bachok.

Sementara di Terengganu pula, rangkaian 3G telah ditamatkan di Kemaman, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Besut, Marang, Dungun dan juga Hulu Terengganu.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami