Cari @ Amanz

GoDaddy merupakan salah satu penyedia perkhidmatan web dan pendaftar domain popular di arena internet. Terkini, GoDaddy memaklumkan yang mana perkhidmatan mereka telah menjadi mangsa kerentanan sekuriti, dan data seramai 1.2 juta pelanggan terdedah.

Menurut GoDaddy, mereka telah mengenal-pasti yang mana perkhidmatan “Managed WordPress” mereka telah diakses oleh pihak ketiga, sekaligus membuatkan data 1.2 juta pelanggan termasuk alamat emel mereka, kata laluan pentadbir ke laman WordPress yang dihoskan, serta kata laluan sFTP dan pangkalan data diakses.

GoDaddy percaya perkhidmatan mereka telah diceroboh pertama kali pada 6 September 2021 lepas.

GoDaddy mengatakan mereka telah menetapkan semula kata laluan pengguna mereka, dan kini bekerjasama dengan pihak berkuasa berkenaan dengan insiden ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd